PENGHALANG PUSAKA, GOLONGAN YANG TIDAK LAYAK MENERIMA PUSAKA

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PEWARISAN 



 1. Faktor-faktor yang menghalang pewarisan boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu penghalangan dari segi sifat kejadian itu sendiri, dan penghalangan dari segi kewujudan waris lain secara bersesama.

2. Penghalangan dari segi sifat kejadian itu sendiri boleh dibahagikan kepada tiga faktor iaitu faktor perhambaan, faktor pembunuhan, dan faktor perbezaan agama.

3. Ini bermaksud bahawa seseorang hamba tidak mewarisi harta, bahkan harta hamba menjadi milik tuan kepada hamba. Konsep perhambaan boleh dikatakan sudah tidak wujud pada masa sekarang.

4. Faktor kedua ialah faktor pembunuhan. Ini bermaksud, seseorang waris yang menyebabkan kematian waris yang lain, maka yang membunuh terhalang dari menerima pusaka orang yang dibunuhnya.

5. Terdapat perbahasan yang panjang tentang isu pembunuhan atau penyebab kematian sesama waris ini. Secara ringkasnya, hanya mazhab Maliki yang mengatakan bahawa faktor yang menghalang pewarisan hanya terpakai bagi kes pembunuhan dengan sengaja sahaja, dan tidak terpakai bagi kes-kes pembunuhan atau penyebab kematian secara tidak sengaja atau tersalah.

6. Faktor ketiga yang menghalang pewarisan ialah atas sebab perbezaan agama. Ini bermaksud, hanya muslim mewarisi sesama muslim. Seseorang muallaf tidak mewariskan hartanya kepada ahli keluarga mereka yang belum memeluk agama Islam.

7. Kategori kedua penghalang pewarisan ialah melihat kepada kewujudan secara bersesama antara waris. Bagi kategori ini pula, ia dipecahkan kepada dua iaitu sama ada kewujudan waris yang lain akan menghalang waris yang satu lagi secara keseluruhan, atau kewujudan waris yang lain akan mengurangkan hak pewarisan waris yang satu lagi.  

8. Contoh kewujudan waris yang lain akan menghalang waris yang satu lagi secara keseluruhan ialah apabila si mati meninggalkan anak lelaki atau bapa, maka adik-beradik si mati terhalang dari menerima pusaka secara keseluruhan. 

 9. Contoh bagi kewujudan waris lain akan mengurangkan hak pewarisan waris yang satu lagi ialah apabila si mati mempunyai anak, isteri si mati menerima 1/8 bahagian pusaka kerana kewujudan anak si mati telah mengurangkan hak bagi isteri. Jika si mati tiada anak, hak isteri adalah lebih banyak iaitu 1/4 bahagian. 

 10. Inilah huraian ringkas tentang faktor-faktor yang menghalang pewarisan, sama ada penghalangan dari sudut sifat atau penghalangan dari sudut kewujudan waris sesama waris. Wallahu a’lam. 

NORA KASSIM
011 61381899
Perancang Harta Pusaka
As Salihin Trustee Berhad

***CnP.(Terima Kasih kpd penulis..maaf tidak diketahui)


 #penghalangpusaka


Comments

Popular posts from this blog

KEBAJIKAN SEWAKTU TUA, ORANG TUA , MERANCANG MASA TUA ANDA!